Monday, December 22, 2008

Kembali ke Sekolah SA

~Pilih...jangan tak pilih...~

Begitu jugalah aku dan isteri tidak boleh lari dari situasi ini. Kami mempunyai anak seramai 5 orang yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun 2009. Emmm.... kalau dikira secara kasar.. kami kena menyediakan RM 1000 untuk perbelanjaan mereka. Itupun kadang-kadang lebih daripada apa yang telah dibudgetkan. Alhamdulillah.. kami memang telah bersedia untuk menampung perbelanjaan tersebut.
Penghujung tahun 2008 hampir sampai ke garisan penamatnya, ini bermakna juga bulan Disember hampir menutupkan tirainya. Maka dimusim-musim beginilah ibu-bapa mula pening memikirkan keperluan barangan yang hendak dibelikan untuk anak-anak yang bersekolah.

~Isteriku sibuk memilih kasut untuk anak-anak...~

Pukul purata seorang anak yang bersekolah di sekolah rendah memerlukan perbelanjaan di antara RM 150 hingga RM 200 seorang untuk membeli barangan sekolah dan yuran persekolahan. Anda bayangkanlah jika satu keluarga itu mempunyai anak yang bersekolah lebih dari seorang, dua orang, atau lebih...... Maka Rabaklah poket ibu-bapa bila musim persekolahan hampir tiba.

No comments:

~Sudut Informasi~

~Jejak Pelawat~

~Chatting Jom~